Murata Megumi
Murata Megumi

Murata Megumi

Murata Megumi adalah salah seorang anggota dari kumpulan Melon Kinenbi. Sebelum ini beliau adalah ketua di dalam kumpulan ini, tetapi beliau menganggap tugasan dan tanggungjawab yang diberikan itu tidak sesuai dengannya. Jawatan ketua ini telah diberikan kepada anggota lain di dalam kumpulan itu iaitu Saito Hitomi. Amat mudah dikenali kerana beliau seorang sahaja yang memakai cermin mata sepenuh masa selepas menjayakan promosi untuk MI DA RA Matenrou. Tetapi, semenjak tahun 2006 beliau muncul tanpa memakai cermin mata.